Thursday, February 24, 2011

cadar puteh

kalau nak tidur, aku perlukan cadar putih, pillow case dan bolster case juga mesti warna putih. kalau tak putih, aku susah nak tidur. cadar putih bukan sekadar cadar, memang harus 100% cotton. kalau campuran, aku kurang selesa. tidurku nanti jadi tak nyenyak, ke kiri ke kanan macam kucing nak beranak. sekian.

Wednesday, February 23, 2011

putu..kau dan aku...

bukan susah nak cari putu mayam, tak juga susah mau beli putu piring. tapi aku memang cerewet bila tiba bab putu-putu. putu tak sedap aku tak makan. putu hapak aku tak telan. putu mayam harus halus boleh dielus-elus, putu piring harus benar-benar kecil, nipis dan langsing. jadi, bagaimana ya putu-putu? boleh penuhi kriteria aku?

Monday, February 21, 2011

let's start it!

what a luvly morning..ngee! so..aku dah buat keputusan, aku akan mulakannya hari ini. bermula hari ini. aku harapkan keputusan yang baik. aku harap sangat. tapi aku realistik. tak banyak tak kisah. asalkan ada progress. 21/2/2011 aku harap sinar kamu!

Saturday, February 19, 2011

mood swing

pernah tak tiba-tiba rasa mood taktau pergi mana?
actually aku tau kenapa suddenly mood tu swing, dushhh...!
geram tahap gaban delta lapan.

gems

aku gems gems gems! i'm sick of it! i really need to do something about it :(

pabila teringin mula jadi obsessi

aku paling tak suka kalau aku teringin sesuatu, teringin dari segi kebendaan, teringin memiliki, teringin itu ini...sumpah tak suka sebab kalau aku dah mula teringin, otak aku jadi macam jigsaw puzzle, ligat fikir macam mana nak dapatkan benda yang aku teringin, fikir kemungkinan-kemungkinan aku boleh memiliki barang tersebut, damn aku benci bila teringin...

durhhh!
sekarang aku teringin GF2 lumix...one full set! damn it!

my house my rules

kerja dengan aku senang je,
aku bukan kaki bebel,
bukan jenis suka mengarah itu ini,
bukan jenis cari salah orang lain,
tapi wajib la yang berkerja dengan aku tu tau bidang tugas
tau apa yang patut dan tak patut,
jadi, tolong ya bibik,
ikut piawaian yang dah aku tetapkan
my house my rules, terima kasih.

Friday, February 18, 2011

Prinsip Kesamarataan

ini prinsip aku, prinsip yang paling banyak kami guna dalam alam rumahtangga. ramai orang tak percaya bila ku kata prinsip ini yang kami gunapakai dalam kehidupan kami seharian. aku tau prinsip ini bukan prinsip islamik, bukan sunnah tapi anggap saja ini prinsip konvensional yang kami sesuaikan untuk mencari damai.

contoh praktikal, prinsip ini selalu digunakan kala en suami mau berfutsal setiap minggu hari isnin, secara otomatik aku akan dapat tiket kebenaran main badminton hari jumaat. adil bukan? aku harap prinsip ini boleh kami pegang dan guna selalu. aku harap la. lain hari aku cerita bila dan bagaimana ya!

Thursday, February 17, 2011

cuba cuba satu dua tiga!

aku sedang cuba untuk mengepos dari smartphone ku..
cuba cuba...satu dua tiga!

aku budak baru belajar

ini bukan post pertama aku
bukan juga yang terakhir
aku manusia yang kurang dedikasi
suka ikut hati
kalau suka aku hadap tiap-tiap hari
kalau malas aku boleh biar bertahun
jadi biar saja suka suki
aku buat blog sebab nak belajar
belajar jadi diri sendiri
aku budak baru belajar

heyy suka hati aku ya!