Friday, June 10, 2011

malu

aku malu kalau kawan-kawan tau aku menulis blog, memang aku tulis untuk diri sendiri, untuk lepas lelah, marah juga obsesi. follower nan seorang itu juga menemui blog aku secara tak sengaja agaknya. hahaha dalam brutal aku ada malunya...

malam ku bermimpi

malam tadi aku mimpi. dalam sebuah lembah yang kehijauan, berbatu granit, teduh dan damai, ada selautan air berwarna hijau lumut, jernih, sejuk dan nyaman. aku berdiri di tebing tinggi menikmati keindahan bumi tuhan. mimpi bertukar rasa bila aku mula jadi ikan..haha!

penat

kalau aku balik penat-penat, adalah lebih baik jangan bercakap dengan aku, dikhuatiri korang jadi sakit hati nanti, kalau aku marah-marah jangan tambah simbah dengan kata-kata pedas berapi, dikhuatiri tangan aku jadi ringan sangat, kalau aku mula berleter marah itu ini, lebih baik jangan duduk depan aku..tolong ya bik! tolong jangan banyak bunyik! grrr!

Thursday, May 19, 2011

kesan tsunami...

yupp..mood aku swing teruk,
bukan calang-calang rasa,
memang mood berterabur entah ke mana,
penat letih dan stress jadi punca,
sibuk jangan cerita,
memanjang takde masa,
mood sila kembali ke sedia kala,
itu sahaja ya!

Wednesday, March 30, 2011

mood tsunami

aku lama tak update blog, konon ingat boleh maintain sehari satu catatan..i'm wrong..bila datangnya tsunami dalam life, tunggang terbalik juga la aku nak catch up. tension dengan macam-macam hal, marah yang teramat, body tak berapa nak sihat..gabungan semua tu, terhasil la gelombang amarah dalam otak aku..so sekarang quite ok..belum sepenuhnya, tapi sedikit tenang..jangan ada kesan radioakif nanti sudah la..aminn..

Thursday, March 17, 2011

newspaper melayu

babe, bukan aku nak kecoh tau babe, tapi aku memang meluat habis baca status macam haram lu! 'baca la lagi paper melayu'...babe! lu pikir agaknya lu bangsa apa babe? tolong ya babe, kalau lu tak suka tengok kartun ultraman tu, lu tak payah citer konon-konon nak boikot paper melayu..lu baca paper the star, lu pikir lu cukup mulia la? durhh..pikir baik-baik la babe..banyak benda lain kita boleh protes, tapi aku memang cukup anti orang melayu nak jadi mat salleh celup. setakat cakap english berabuk..lu tetap melayu! noktah!

ini nota tahun lalu...

kawan, hari ini..hari ulangtahun ke-30 aku..seperti semua sedia maklum, aku benar2 terharu..mula dari pagi, koleksi kawan baik 'baru' telahpun mengejutkan pagi tenang dengan barisan kek cawan yang cantik, mulus setulus hati yang memberinya..sungguh kawan, aku terharu..amat terharu...

menjelang tengah hari, sang suami mengejutkan aku dengan penghantaran tanpa duga..sejumlah kek cawan bertemakan diriku yang ku kira sangat manis dan sangat mengharukan..sementelah lagi suamiku bukan siapa2 kawan..tak romantik, baik sikit dari kayu..keterharuan ku memberat di dada..tertahan walau hati sangat terharu..sungguh!

dan malam yang ku kira agak biasa2, benar2 memberi kejutan kawan..satu kejutan yang amat besar, yang amat tak tercerna dek akal, melengkapi hari indah ku..melihat setiap wajah yang ku kenali bertahun2 lamanya membuatkan hati tak keruan kawan..celaru antara haru, malu dan gembira yang amat..apatah lagi mengetahui sang suami terlibat berkomplot dalam rancangan besar ini kawan..

kawan, aku tak tahu apakah ayat terbaik untuk aku nyatakan betapa berterima kasihnya aku pada kalian, membuatkan hati ini penuh bunga2 keriangan..menyentuh dasar hati yang amat dalam..membuatkan aku kembali menulis dalam nada ini kawan..sungguh...aku sangat terharu!

di saat ini kawan...kenangan kita bersama dulu menerjah minda, membuatkan aku benar2 menghargai erti kawan...maafkan aku kawan, andai aku bukan kawan terbaik kalian...tapi kalian tetap kawan terbaik ku! terima kasih kerana menyayangi seorang ### yang tak punya apa2..terima kasih kerana menghargai kehadiranku..terima kasih kawan atas kegembiraan yang kalian ciptakan...sesungguhnya aku amat terharu!

ikhlas,
kytos!