Thursday, March 17, 2011

ini nota tahun lalu...

kawan, hari ini..hari ulangtahun ke-30 aku..seperti semua sedia maklum, aku benar2 terharu..mula dari pagi, koleksi kawan baik 'baru' telahpun mengejutkan pagi tenang dengan barisan kek cawan yang cantik, mulus setulus hati yang memberinya..sungguh kawan, aku terharu..amat terharu...

menjelang tengah hari, sang suami mengejutkan aku dengan penghantaran tanpa duga..sejumlah kek cawan bertemakan diriku yang ku kira sangat manis dan sangat mengharukan..sementelah lagi suamiku bukan siapa2 kawan..tak romantik, baik sikit dari kayu..keterharuan ku memberat di dada..tertahan walau hati sangat terharu..sungguh!

dan malam yang ku kira agak biasa2, benar2 memberi kejutan kawan..satu kejutan yang amat besar, yang amat tak tercerna dek akal, melengkapi hari indah ku..melihat setiap wajah yang ku kenali bertahun2 lamanya membuatkan hati tak keruan kawan..celaru antara haru, malu dan gembira yang amat..apatah lagi mengetahui sang suami terlibat berkomplot dalam rancangan besar ini kawan..

kawan, aku tak tahu apakah ayat terbaik untuk aku nyatakan betapa berterima kasihnya aku pada kalian, membuatkan hati ini penuh bunga2 keriangan..menyentuh dasar hati yang amat dalam..membuatkan aku kembali menulis dalam nada ini kawan..sungguh...aku sangat terharu!

di saat ini kawan...kenangan kita bersama dulu menerjah minda, membuatkan aku benar2 menghargai erti kawan...maafkan aku kawan, andai aku bukan kawan terbaik kalian...tapi kalian tetap kawan terbaik ku! terima kasih kerana menyayangi seorang ### yang tak punya apa2..terima kasih kerana menghargai kehadiranku..terima kasih kawan atas kegembiraan yang kalian ciptakan...sesungguhnya aku amat terharu!

ikhlas,
kytos!